BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, April 24, 2010

Pengertian Kreatif
1. Bahasa Latin – “creare” bermaksud “membuat”
2. Bahasa Greek – “creare” bermaksud “memenuhi”
3. Kamus Dewan – kemampuan/kebolehan mencipta/menghasilkan & mengembangkan sesuatu idea baru/asli
Bagaimanakah lima cara untuk melihat kreativiti seseorang?
 Boleh menghasilkan/idea yang baru & unik/asli
 Boleh memberikan alternatif di dalam menyelesaikan masalah
 Boleh memikirkan kemungkinan-kemungkinan daripada sesuatu tindakan
 Boleh menyesuaikan diri/sanggup menghadapi cabaran dengan positif
 Bersikap anih/kelakar/gila-gila
 Berfikir di luar kotak
Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual mengenai Kreativiti
E. Paul Torrance
Tersohor dalam bidang/kajian kreativiti
 Beliau mencadangkan Ujian IQ bukanlah satu-satunya cara mengukur daya intelektual seseorang
 Beliau memperkenalkan instrumen untuk menguji tahap kreativiti sesseorang menggunakan “Torrence Test of Creative Thinking”

June King McFee
 Mentakrifkan kreativiti sbg keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru/mampu mengolah idea baru/lain yang lebih bermakna
 Seni tidak terhad kepada hasil karya seni sahaja tetapi juga melibatkan pengalaman estetika
 Seni ialah satu bentuk komunikasi yang dipengaruhi oleh konteks budaya

Carl Rogers
5 faktor asas individu yang sihat;
1. Keterbukaan kepada pengalaman
2. Cuba menikmati kehidupan yang dialaminaya
3. Menghargai diri sendiri
4. Mengamalkan kebebasan
5. Menjadi individu yang kreatif

Victor Lowenfeld
 Beliau telah membangunkan teori “Lowenfeld Stages of Artistic development”
 Dua sekatan/halangan perkembangan kreativiti;
1. Faktor Psikologi/emosi – murid/kanak-kanak tidak mendapat jawapan yang sewajarnya – serik untuk bertanya

Victor Lowenfeld
Beliau menjelaskan bahawa kreativiti murid boleh diukur melalui 4 komponen utama;
2 Kelancaran/ Fluency
 idea spontan
 Boleh mengaitkan satu perkara dengan perkara lain
 Boleh memikirkan kemungkinan terhadap idea tersebut
 Berupaya mengintegrasikan kemungkinan-kemungkinan/alternatif kepada penyediaan masalah
Fleksibel/Flexibelity
 Bertolak ansur/ semangat toleransi
 Boleh menyesuaikan diri
 Sanggup/bersedia menghadapi cabaran dengan fikiran terbuka
3. Keaslian/Originality
 Sentiasa cari idea baru/asli
4. Kepekaan/Sensitivity
 Mempunyai daya kepekaan yang tinggi terhadap rakan sebaya/ciptaan/estetika
 Menggunakan semua deria pacaindera untuk membuat pengamatan/merekod

TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI

Perkembangan Kreativiti Fisher (1943)

5 Tahap dalam Pemikiran Kreatif;
1. Peringkat Rangsangan – beri soalan kritikal/boleh mendorong perasaan ingin tahu
2. Peringkat Penerokaan – pelajar cuba mencari jawapan terhadap soalan yang telah diberikan / pelajar kreatif akan cuba pelbagai cara, gaya, teknik.
3. Peringkat Perancangan – melalui perancangan secara verbal & visual
4. Peringkat aktiviti – lakukan tindakan berdasarkan persoalan ‘ bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut
5. Kajian Semula – membuat penilaian/refleksi terhadap keberkesanan tindakkan yang telah dijalankan - untuk tujuan penambahbaikan

Laura H. Capman
Beliau menyatakan;
 Proses kreativiti = proses penghasilan /artistik
 Guru PSV perlu menggunakan pelbagai cara dalam menghasilkan karya
 Guru PSV harus menguasai bidang


Laura H. Chapman mencadangkan 3 kaedah menghasilkan karya seni;

1. Kaedah Penjanaan Idea/Inception of Idea – tetapkan objektif/haluan/tujuan penghasilan karya
2. Pengolahan dan Pemurnian/Elaboration and Refinement – buat/baiki/buat sehingga menperolehi hasil yang terbaik
3. Kemahiran menggunakan bahan/Execution in a Medium – cuba pelbagai bahan untuk melihat kesesuaian/kesan

Calvin W. Taylor (1915-2000)
5 peringkat kreativiti;
1. Kreativiti Bersifat Ekspresif – berlaku secara rawak/bebas – peringkat awal kanak-kanak
2. Kreativiti Melalui Penghasilan – keupayaan murid menghasilkan karya/rekaan – perlu bimbingan guru untuk mengenal pasti kaedah/teknik yang betul/sesuai
3. Kreativiti Bersifat Inventif – keupayaan mencipta objek melalui eksprimentasi – guru perlu beri motivasi/galakaan supaya pelajar tidak bosan/putus asa
4. Kreativiti Bersifat Inovatif – modifikasi benda sedia ada kepada idea baru yang lebih bermakna
5. Kreativiti Bersifat Emergen – bentuk kreativiti tertinggi – keseluruhan prinsip formalditerjemahkan dan muncul di dalam bentuk abstrak dan mudah

Ciri - Ciri Individu Kreatif
• Berfikiran bebas
• Logic
• Bersifat fleksibel
• Bersifat
• Gagasan idea yang asli dan tulen
• Sensitiif dan peka



Strategi Merangsang Kreativiti
Kaedah Sumbangsaran (Brainstorming)

 Guru PSV boleh mengunakan kaedah ini bagi mengalakkan/merangsang pemikiran kreatif
 John Baer (1997) mengariskan 4 panduan semasa aktiviti sumbangsaran;
1. Elakkan membuat penilaian terutama semasa proses awal – terima semua cadangan/pandangan
2. Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu tertentu – hanya beberapa orang dalam kumpulan mendominasi perbincangan
3. Menjelaskan kepada pelajar bahawa idea sedia ada boleh digunakan untuk tujuan penambahbaikan
4. Galakan memberi idea-idea yang luar biasa yang kadangkala tidak masuk akal
Teori Perkembangan Kreativiti Paul Torrance
 Beliau mencadangkan 7 cara meransang/penjanaan kreativiti seseorang individu;
1. Penyoalan – merangsang daya berfikir/ingin tahu
2. Penemuan – menggalakkan penemuan-penemuan terbaru melalui penyelidikan dan kajian
3. Pemerhatian – menggunakan pelbagai deria bagi mengetahui sesuatu
4. Percubaan – menggalakkan bereksperimentasi sehingga mendapat hasil yang terbaik
5. Penerokaan – eksplorasi/persekitaran
6. Memanipulasi – bagaimana pelbagai bahan/barangan/alat yang terdapat di sekeliling boleh dijadikan karya seni
7. Aktiviti Bermain – bermain untuk tujuan pembelajaran

Meningkatkan Motivasi
 Strategi/Saranan untuk guru PSV bagi meningkatkan motivasi pelajar dalam menyuburkan proses kreativiti;
1. Memilih Bahan dan Alat – beri kebebasan kepada pelajar menggunakan alatan/bahan yang digemari
2. Masa – jangan terlalu memaksa/berikan masa untuk berfikir/bereksperimentasi/meneroka
3. Rangsangan – pamerkan karya-karya terbaik dari masa ke semasa
4. P&P Fleksibel – terima pandangan/cadangan pelajar
5. Hormat Menghormati – hargai sumbangan/komitmen yang ditunjukkan oleh pelajar
6. Memberikan Galakan dan Motivasi – berikan semangat/ elakan kritikan yang keterlaluan
7. Penghargaan – Berikan penghargaan/markah yang setimpal

Thursday, April 1, 2010

Tuesday, March 23, 2010

KREATIVITI DALAM SENI VISUAL

Sinopsis
Kursus ini membincangkan prinsip dan konsep aspek-aspek kreativiti dalam Seni Visual serta peranan dan kepentingan pemikiran kreatif, kritis dan efektif. Pengolahan idea, pelaksanaan pengajaran, proses pengkaryaan dan penciptaan bentuk yang kreatif juga turut dibincangkan.

Hasil Pembelajaran
1. Menganalisis secara komprehensif perkaitan/hubungan antara pemikiran kreatif dan proses kreatif dalam seni visual.
2. Mengklasifikasi kreativiti dalam pengkaryaan dan penciptaan seni visual.
3. Menghuraikan konsep kreatif dalam proses pengkaryaan dan pengajaran seni visual.
4. Menganalisis proses kreatif dalam bidang seni visual.
5. Menilai ciri-ciri dan prinsip kreatif dalam seni visual.

Kandungan
1. Konsep kreativiti
2. Pemikiran kreatif
3. Seni visual dan pengkaryaan
4. Proses kreatif dalam pengkaryaan
5. Model pemikiran kreatif
6. Pembentukan kreativiti
7. Aplikasi kreatif dan inovatif
8. Kreativiti dan pendidikan seni visual